SETEM SIRI DEFINITIF
Setem definitif merupakan setem jenis biasa yang dikeluarkan untuk kegunaan beberapa tahun. Tidak sebagaimana setem peringatan yang kerap dikeluarkan sempena sesuatu acara atau ulang tahun, reka bentuk setem definitif tidak semestinya berkait dengan acara tertentu.
Kebiasaannya setem definitif dikeluarkan berasingan untuk siri kebangsaan dan untuk siri negeri. Untuk siri kebangsaan, setnya membariskan setem-setem yang bernilai tinggi sementara untuk setem siri negeri, walaupun mengguna imej yang sama, namun diletakkan nama dan lata negeri pada imej setem tersebut dan nilai mukanya juga lebih rendah.
Di Malaysia tema flora dan fauna digunakan dalam pengeluaran setem definitif sejak 1965 lagi. Jabatan Pos ketika itu mengeluarkan siri burung mengandungi lapan keping setem untuk setiap negeri di Malaysia.
1965 - Siri Orkid
1965 - Siri Burung Kebangsaan
1970 - Siri Rama Rama (I)
1971 - Siri Rama Rama (II)
1979 - Siri Haiwan
1979 - Siri Bunga (I)
1986 - Siri Buah
1986 - Siri Pertanian
2005 - Siri Burung
2007 - Siri Bunga (II)
2010 - Siri Taman Bunga Kebangsaan
1986 - Siri Pertanian
Lada Hitam - Wilayah Persekutuan 10 sen
Padi - Wilayah Persekutuan 30 sen
Kelapa Sawit - Sabah 20 sen
Kelapa Sawit - Wilayah Persekutuan 20 sen
2005 - Siri Burung
Burung Tekukur - 20 sen
Burung Merbah Beringin - 30 sen
Burung Murai Batu - 50 sen
2005 - Siri Bunga-bungaan Taman
Bunga Teratai - 30 sen
Bunga Tiga Bulan - 50 sen
Bunga Kertas - 60 sen
Bunga Raya - 80 sen
Comments
Post a Comment